Tuesday, 22 March 2016

Punca Punca berlakunya jerawat



Bismillahirrahmanirrahim..

Entri Kali ini saya ingin kongsikan beberapa punca yang menyebabkan jerawat naik pada kulit muka. Saya yakin, sesiapa sahaja pasti akan stress bila melihat muka di hadapan cermin di penuhi dengan jerawat. Pasti kita akan berasa kurang keyakinan diri. Ada sesetengah orang akan merasa depress dengan masalah jerawat. Begitu hebatnya kesan jerawat. 

Oleh itu, ada baiknya kita mengenal pasti punca punca jerawat supaya kita dapat mengawal dan mengelakkan jerawat daripada tumbuh di kulit muka. 



       Jangan biarkan jerawat bermaharajalela di kulit anda. Ambil tindakan sekarang.


1. PENGELUARAN SEBUM YANG BERLEBIHAN

Jerawat terjadi apabila kalenjer minyak merembeskan terlalu banyak minyak dan sebum pada kulit muka. Liang minyak yang tersumbat ini akan menjadi bintik putih atau "whitehead" jika ia terjadi pada bawah kulit dan akan menjadi bintik hitam  atau "blackhead"apabila terjadi di luar lapisan kulit. Keadaan ini jika dibiarkan akan menyebabkan kemunculan jerawat di muka.

2. PERUBAHAN HORMON

Apabila seseorang itu sudah mencapai umur baligh, proses perubahan hormon akan berlaku. Majoritinya remaja yang berumur belasan tahun dan awal 20-an akan mengalami proses perubahan hormon yang disebabkan oleh hormon androgen. Ketidakstabilan hormon ini kadang kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal akan menyebabkan masalah jerawat akan berlanjutan. 

3. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH

Pemilihan produk yang kuat bahan bahannya dalam erti kata lain penggunaan kimia yang sangat tinggi dalam sesuatu produk akan menyebabkan kulit wajah akan semakin bermasalah. Mungkin anda tidak melihat kesannya pada masa ini, tetapi pada masa akan datang. Dalam pemilihan produk, kita kena memastikan bahan bahan yang di gunakan selamat. pemilihan produk yang menggunakan bahan bahan semulajadi is the best way untuk menyelesaikan masalah kulit, Tetapi kena ingat, biasanya produk yang menggunakan bahan semulajadi akan menampakkan kesan dalam jangka 2 bulan ke 3 bulan. Biar lambat asal selamat. 

4. TERDEDAH DENGAN PERSEKITARAN YANG KOTOR

Mereka yang sering berurusan dan bekerja di luar menyebabkan mereka terdedah dengan udara, cahaya matahari dan juga jerebu. Oleh itu penting untuk menggunakan produk yang dapat menghalang kulit muka dari terdedah dari persekitaran lebih lebih pada masa sekarang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. 

                            
SETIAP WANITA IMPIKAN WAJAH YANG MULUS :)

Oleh itu, dapat saya rangkulkan bahawa kulit yang cantik itu melibatkan semua aspek. Dalam dan juga luaran. 

InsyaAllah masalah jerawat dapat diatasi dengan pemilihan produk skincare dan supplement yang terbaik. 

KARAPOLE SKINCARE DAN JUGA VITAMIN C & VITAMIN E DARI SHAKLEE DAPAT MENBANTU ANDA. 


Feel free to watsapp at 014-5678594. Saya akan buat konsultasi dan akan bimbing anda untuk mendapatkan wajah bebas dari jerawat. 


No comments:

Post a Comment